ADTEC Melaka merupakan satu pusat latihan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia dan mula beroperasi pada tahun 2002. Pada awal operasi hanya 4 bidang kemahiran yang ditawarkan iaitu :-
1. Diploma Kemahiran Pengeluaran
2. Diploma Kemahiran Telekomunikasi
3. Diploma Kemahiran Komputer
4. Diploma Kemahiran Mekatronik
Bermula pada tahun 2004 satu lagi bidang kemahiran telah diberi kepercayaan kepada ADTEC Melaka untuk dilaksanakan iaitu Diploma Kemahiran Automotif.
Pusat latihan ini menjalankan latihan praktikal yang memenuhi kehendak industri yang terdapat di Malaysia dan lepasan pusat latihan ini juga bakal dan berupaya bersaing dengan mana-mana pusat latihan kemahiran yang lain.
Selain dibantu oleh tenaga pengajar yang berkemahiran pusat ini juga memiliki tenaga kerja pengurusan yang profesional dan berwawasan. Pelajar yang memasuki pusat kemahiran ini akan keluar dengan memegang status pekerja mahir yang cukup dikehendaki oleh banyak industri yang sentiasa dahagakan pekerja-pekerja yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi.
Apa yang menarik di pusat latihan ini adalah, setiap bahagian (bengkel) memiliki mesin-mesin yang berteknologi tinggi dan ada diantaranya masih lagi belum dimiliki oleh pihak industri. Selaras dengan dasar kerajaan yang sedia ada, jaminan pekerjaan untuk lepasan pusat latihan adalah 100% dan ianya bergantung penuh kepada kehendak setiap lepasan.
Buatlah pilihan yang bijak dengan memohon untuk memasuki ADTEC Melaka dan anda akan diberi latihan yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab. Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai institut ini anda boleh melawati laman web http://www.adtecmlk.gov.my atau menghubungi talian 06-5527227.
Saturday, January 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment